Skip to main content

Posts

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆
Recent posts

Birthday Portrait

  Thank you so much Justin Bieber for this lovely drawing.  You made my day~ 😍

Gratitude

Alhamdulillah, saya sangat mensyukuri dengan doa dan ingatan tulus ikhlas dari keluarga, saudara-mara dan para sahabat di hari lahir saya. Siapa sangka, walaupun saya tidak berapa berhubung atau berjumpa dengan orang-orang selain ahli keluarga sendiri pada tahun Covid ni, mereka tetap menghantar mesej kepada saya. Saya mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi anda semua dan terima kasih kerana membuatkan saya happy dan rasa dihargai pada hari lahir saya.  Stay safe everyone~ 💛

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015  

AWAS, ELAK JADI MANGSA MACAU SCAM!

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita penangkapan beberapa individu termasuk mereka yang bergelar Datuk dan Datin kerana disyaki merupakan dalang disebalik Macau Scam. Difahamkan juga, terdapat diantara individu tersebut yang berselindung dengan menggunakan perniagaan beberapa selebriti tempatan untuk mencuci duit mereka. Lebih memeranjatkan lagi, dua Pegawai Polis turut ditahan kerana dipercayai turut terlibat dengan sindiket Macau Scam tersebut. Apakah itu Macau Scam? Macau Scam adalah sindiket penipuan di mana sebuah panggilan akan dibuat secara rambang kepada bakal mangsa. Panggilan ini bertujuan untuk memeperdaya mangsa yang akhirnya akan kerugian berjumlah ribuan ringgit. Selain panggilan telefon, sindiket ini juga akan menghantar mesej ataupun emel untuk memancing bakal mangsa. Tidak jelas mengapa sindiket penipuan sebegini dipanggil Macau Scam namun banyak pihak yang mengatakan terdapat dua teori di sebalik nama tersebut iaitu:- #1 Sindiket penipuan ini pertama kali dik

ANTARA KASIH SAYANG, KEKAYAAN DAN KEJAYAAN

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun

MOHON KERJA KERAJAAN DENGAN SPA9

Bermula 28 September 2020, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melancarkan Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9) bagi menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Untuk makluman anda, sekirannya sebelum ini anda sudah membuat pendaftaran permohonan kerja melalui sistem SPA8i, anda tidak perlu lagi membuat sebarang pendaftaran baru untuk sistem SPA9 ini. Anda boleh terus menggunakan SPA9 untuk semak status permohonan kerja terkini dan membuat permohonan kerja baru. Segala data anda di dalam SPA8i seperti maklumat peribadi, permohonan kerja dan sebagainya tidak akan terjejas. Bagi anda yang ingin memohon kerja tetapi belum pernah membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9. Berikut merupakan cara pendaftaran masuk ke dalam SPA9:- Langkah 1 : Layari Portal Rasmi SPA9  https://spa9.spa.gov.my/ Langkah 2 : Klik "Pendaftaran Pengguna" Langkah 3 : Lengkapkan maklumat pada borang dan klik  "daftar"