Skip to main content

Jalan Terus!!!

Dalam hidup ini, jikalau orang yang kita sayang itu dah tak pedulikan kita, kita tak perlu lagi nak pujuk rayu dan mengharap orang tu nak balik dengan kita. Kita kena terima hakikat bahawa orang tu bukan jodoh kita. Jangan buang masa dengan mesej atau call orang tu berkali-kali sebab itu akan membuatkan orang tu lagi menyampah dengan kita. Ya saya tahu, memang hati kita sakit bila terkenangkan semua memori-memori indah yang kita ada dengan orang tu. Saya tak kata move on tu senang, memang memerlukan masa. Tapi masa tak akan tunggu kita, setiap detik yang kita bazirkan untuk pandang ke belakang, kita tak kan dapat semula. Korang dah besar panjang, hati kena kuat dan tabah. Selain bekas kekasih, kita ada banyak lagi orang penting dalam hidup, jangan sebab putus cinta saja, terus rasa nak mati, nak bunuh diri. Please, jalan terus! Jodoh korang yang sebenar tengah tunggu tu, jangan berhenti untuk jaga jodoh orang lain.

Kaum hawa, sila realistik sikit, jangan sesekali bandingkan lelaki yang anda baru kenal dengan bekas kekasih. Bagi peluang kepada lelaki yang anda baru jumpa untuk jadi diri sendiri, kenalilah dia sebaik mungkin. Janganlah kita nak ubah dia jadi macam bekas kekasih. Faham?

Untuk kaum adam, bila perempuan dah buat keputusan tak nak dekat korang, memang dia dah bulatkan hati dan tak akan ubah keputusan k. Walaupun, perempuan tu nampak macam konon-konon merajuk nak korang pujuk. Memang tak la. Perempuan tu hanya konpius sedikit, emosi tapi pada penghujungnya memang dia dah tak nak dekat korang. Jadi, bagus korang jangan buang masa, blah cepat-cepat dan cari perempuan lain lagi bagus. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015